View Testimonials

You must login to add testimonial.  

 
 
 
Muhammad Ashraf says: Posted on 18 Dec 2011
Nak kata apa ek pasal P1 ni???
BEST WOOOOO!!!!
Dah pakai P1 4G dalam masa 5 bulan dan apa yang boleh dikatakan ialah P1 4G ni sangat best... Nak download online pun tidak perlu kena tunggu lama-lama. Aku pernah pinjam pakai kawan aku punya broadband dari telco lain. Tapi prestasinya sangat menyusahkan aku. Aku pun suggest la dekat kawan aku suruh dia pakai P1 4G. Tak sampai sebulan dia pakai, dia pula yang suggest dekat kawan dia yang lain.
 
27 people like this
 
 
RAMLI BIN JALAL says: Posted on 08 Dec 2011
Penggunaan P1 4G menjadikan kerja saya lebih mudah dan cepat. Tidak perlu tunggu lama untuk Download dan Upload file. Berbeza dari sebelum ini saya menggunakan jenama X terlalu banyak masalah yang saya hadapi. Terima kasih P1 4G menjadikan hidup saya lebih ceria.

P1 4G Broadband Review Testimonial
 
5 people like this
 
 
Noor Atika says: Posted on 06 Dec 2011
Terbaiiikkkkk.....
Baru je subscribe sabtu lepas....uihhhh memang tak percaya la. Cuma pilih pakej mane yang berkenan, then bayar lepas tu terus boleh pakai.
Puas hati, gembira, dan memang terbaik...... Service pun just nice je walaupun hanye chat...
Syabas P1 !!
 
4 people like this
 
 
Kamarul Arifin Bin Ahmad says: Posted on 05 Dec 2011
Terima kasih P1, dulu di taman saya tidak ada line P1, tetapi setelah di "request", saya dapat menikmati rakaian P1 dengan selesa sekali. Kini P1 semakin pantas, tiada "potong stim" bila menonton youtube! Thanks P1, kerana memberi perkhidmatan meluas!
 
6 people like this
 
 
ahmad nurasir b mamat says: Posted on 01 Dec 2011
Sekarang ni dah masuk 2 tahun aku pakai P1 4G. Serius aku cakap, dari mula-mula aku daftar P1 ni masa ada roadshow kat Low Yatt. Memang banyak pesaing masa tu, ada Telco C, Telco M dan Telco D. Tapi aku tetap pilih P1 juga. Sebabnya, aku dah pernah kena 'penangan' potong stim masa guna Telco C. Tengah download movie, tiba-tiba je putus, katanya sebab dah habis quota. Sakit hati saja! Tapi Alhamdulillah, sejak guna P1 ni memang berbaloi walaupun aku hanya ambik pakej 5GB yang berharga RM69. Aku tak pernah jemu nak download online. Tak pernah ada masalah kata quota dah habis. Kalau tak cukup, aku akan beli lagi RM10 untuk tambahan 2GB quota. Dalam masa 5 minit saja, terus dapat sambung balik download online. Hehehe..tetapi, kalau aku tengah sengkek, tak top up quota pun tak apa, still boleh buka Youtube dan continue download dengan FREE..!! So, memang berbaloi lah pakai P1 ni.
 
13 people like this
 
 
Muhamad Danial says: Posted on 13 Nov 2011
Pekerjaan saya sebagai web designer sangat memerlukan connection internet yang baik. P1 4G adalah rangkaian broadband di Malaysia yang boleh dipercayai. Malah kini saya bersama P1 sudah 2 tahun lebih!

 
4 people like this
 
 
mat rosli says: Posted on 06 Nov 2011
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan P1 4G ini. Memang berbaloi gunakan P1 4G ini. Setelah menggunakan P1 4G lebih kurang 5 bulan lebih, saya sangat berpuas hati. Tiada banyak masalah yang timbul. Jika ada masalah pun pihak P1 4G cepat selesaikannya untuk kepuasan hati pelanggannya.
Dulu saya dah pakai broadband satu jenama yang tak perlulah saya sebutkan disini. Memang menyakitkan hati. Apabila ingin melayari internet sahaja, signal cuma dapat 1 bar atau 2 bar sahaja. Teruk betul. Dah lah bayar bulanan pakej RM90 sebulan pula tu.
Di rumah saya memang menggunakan modem P1 4G. Kini saya sudah ada on-the-go broadband P1 4G yang lebih kecil. Memang memudahkan saya untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Sebelum ini, saya bawa modem yang besar dan kena cucuk pula ke punca elektrik ke tempat kerja. Memang menyusahkan. Sekarang tidak lagi. Cucuk saja pada USB Port dah dapat line internet. Seronoknya.
Oleh itu, saya sangat mengesyorkan anda menggunakan P1 4G ini untuk terus melayari internet tanpa gangguan, sangat lancar, sangat laju dan memang terbaik. Anda patut cuba.
 
3 people like this
 
 
Chow Yen Fa says: Posted on 02 Nov 2011
Wow, I just upgraded my P1 package from 1MB to 2MB. It's much more cheaper than other service provider because I was subscribe to HOME Plan 99. Now I got double speed of other telco at great offer. TQ P1
 
2 people like this
 
 
JULIZA NUR ANISA BT AHMAD SHARIFUDDIN says: Posted on 02 Nov 2011
Woooooooo! P1 4G are superbly amazing. Never in history pending or lagging occured! What can I say, it is the best broadband ever. I suggested it to my friend. I had also lend P1 4G portable modem to my friend and she gave 10/10 rating. Now I'm using P1 4G modem at my house and also another modem at my rental house with my roommates. We felt very satisfied with the speed and its services. What can I say, P1 4G is the best choice I had ever made. PERFECT!
 
36 people like this
 
 
OMAR MAHDZAN BIN ROSLAN says: Posted on 02 Nov 2011
Sudah 2 tahun aku menggunakan perkhidmatan jalur lebar P1 4G dan dalam tempoh tersebut banyak pengalaman gembira, puas hati, dan berbagai lagi. Aku mula tertarik dengan P1 4G setelah memotong talian jalur lebar 3G dan terpengaruh dengan iklan 'Potong'. P1 4G memang banyak membantu dan merupakan ISP jalur lebar wayarles paling lama aku pernah pakai. Dari 100 markah penuh, selepas 2 tahun, aku mampu berkata yang servisnya bertahap 95.00. Kelajuannya cukup baik bagi pelayaran biasa dan memuat turun fail kerana kelajuannya stabil. Syabas P1! Kadangkala aku gunakan W1GGY on-the-move dalam tren komuter untuk online. Kualiti dan kelajuannya memang setara dengan fixed broadband. Semenjak adanya Quota Top-Up, kuota penggunaan bukan lagi masalah, jika habis hanya RM10 diperlukan untuk tambah kuota 2GB. Memang puas! Memandangkan bil langganan P1 4G dibawah tanggungan sendiri, mencari pakej jalur lebar mampu milik bagi seorang pelajar agak sukar tapi dengan P1 4G tiada yang sukar dan mustahil kerana dengan bayaran serendah RM69 sebulan, ianya sebuah pakej jalur lebar yang sangat berbaloi. Tak perlu bimbang seandainya ada tunggakan atau caj lebih terhadap pakej dan bayaran bulanan kerana setiap bil dipaparkan secara online dan boleh dibayar melalui SelfCare atau portal perbankan. Mudah dan menarik bukan? Perkhidmatan pelanggan merupakan penanda aras terbesar P1 4G dimana hampir semua pengguna P1 tak dapat menafikan keberkesanannya termasuklah aku. Staf sokongan P1 boleh dicapai melalui bermacam-macam cara seperti Facebook P1Cares, Twitter dan laman SelfCare. Selama 2 tahun ini, memang puas dan tiada langsung rasa rugi. Setakat ini P1 4G memenuhi kehendak dan keperluan harian Internet secara mudah alih samada untuk aku bersuka ria, menyiapkan assignment ataupun bekerja. Untuk pembaca yang tinggal di Lembah Kelang dan mencari jalur lebar tanpa wayar yang murah, haruslah P1 menjadi pilihan utama!
 
13 people like this
Page: 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Next>>
Pages: 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18